Tuesday, April 2, 2019
Hari ini Hari yang Cukup Indah
Allhamdulillah syukur di berikan pena untuk menulis lagi. Hujan lebat membasahi bumi dengan Petir yang kuat bersama angin yang meniup kuat ke arah tingkap rumah ku.Selalunya waktu begini panas terik ,keluar rumah dah rasa kepanasan menebus kulit.Allhamdulillah hujan berikan mood yang sungguh tenang.Bersambung tunggu panggilan kerja saya menolong ibu bapa saya menyelesaikan kerja rumah dan dapur.Ibu bapa yang semakin berusia memerlukan bantuan anak - anak di kala usia tua.Berilah bantuan yang ada pada diri pada mereka dan orang yang memerlukan bantuan jika kita layak membantu hilangkan beban mereka.Semalam melihat globe bumi yang ada di sebelah laptop saya,teringat zaman saya kelilingi setiap negeri dan menyimpan kenangan indah.saya tak sabar untuk mengelilingi negara lain selepas ini.Seperti banyak nak dikata tetapi apabila pena di beri hanya sedikit yang dapat saya tuliskan.Sambung CERIA HIDUP BAHAGIA BERSAMA
Monday, April 1, 2019
Hari Ke 2 Pena Ingin Mengatakan Sesuatu
Dengan klik2 saya menulis bukan dengan pena.Allhamdulillah syukur segalanya berjalan lancar.Walaupun perniagaan saya agak slow tetap hari ini memberikan satu keindahan baru kerana dapat bernafas di bumi ini yang belum saya terokai.Banyak tempat yang indah belum saya laburkan diri saya.Sambil minum Nescafe Ais Kegemaran Saya menanti temuduga untuk kerja.Saling tukar tempat kerja dapat memberikan pengalaman yang berbeza dan dapat menukar arus pemikiran saya.Mimpi saya seiring dengan diri saya,saya ssering mimpi kehidupan zaman kanak - kanak yang sangat indah dalam memori saya.Kehidupan saya sering di titiskan warna pelangi yang indah,Mata hati dan hati saya terjaga rapi dalam perjalanan hidup ini.Akal yang sentiasa ingin sesuatu luar biasa sering di didik oleh saya supaya sabar dalam melayar di dunia yang luas ini.Harini hari Isnin ,sepatutnya saya telah masuk kerja mengikut lakaran saya tetapi saya memilih syarikat yang mudah untuk fahami saya terpaksa menunggu untuk bulan ini.Masih menanti perkerjaan dari bulan januari sambil berniaga ubat ubatan tradisional.
Sunday, March 31, 2019
Saya Mula Menulis
Pada tahun 2016 saya menulis banyak mengenai perubahan diri saya ,masa kejatuhan perniagaan saya tahun 2016.Penulisan saya adalah di notepad,selepas memikirkan "Daripada tulis notepad dan buang baik tulis balik di blor rufflow yang pernah tulis disini sejak 2009 .Bila tengok balik post yang lepas saya memang suka menulis mengenai diri saya dan mengenai hidup saya.Sekarang saya seorang peniaga ubat ubatan tradisional dan berkerja sebagai waiter di mana - mana food & Beverage di area kuala lumpur.Perubahan saya dari segi diri dan selepas kejatuhan lebih positif.Walaupun kerugian besar dalam perniagaan emas saya ,sekarang saya telah recover kerugian saya dan mula lakarkan impian saya untuk memiliki rumah dan kereta. Tidak lupa bodybuilding yang saya minati tidak lupa untuk workout setiap hari untuk maintain body fit walaupun belum capai rip fit yang saya inginkan seperti idola saya.Mengambil kos yang tnggi untuk capai target yang diinginkan saya cuba sedaya upaya saya untuk maintain badan saya.Bukan mudah untuk jaga workout tiap hari dengan shift kerja malam.Selepas ini saya ingin mencari kerja shift petang mudah untuk saya workout di waktu malam.Apa pun saya lakarkan ketentuan milik tuhan yang maha esa.Saya berhenti disini dan akan mulakan penulisan seterusnya di hari esok.Dari Saya "KEKALKAN DIRI POSITIF DI MANA JUA ANDA BERADA - ROY/ARIFF/SHAIKH
Thursday, February 7, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)