Tuesday, April 2, 2019

Hari ini Hari yang Cukup Indah

Allhamdulillah syukur di berikan pena untuk menulis lagi. Hujan lebat membasahi bumi dengan Petir yang kuat bersama angin yang meniup kuat ke arah tingkap rumah ku.Selalunya waktu begini panas terik ,keluar rumah dah rasa kepanasan menebus kulit.Allhamdulillah hujan berikan mood yang sungguh tenang.Bersambung tunggu panggilan kerja saya menolong ibu bapa saya menyelesaikan kerja rumah dan dapur.Ibu bapa yang semakin berusia memerlukan bantuan anak - anak di kala usia tua.Berilah bantuan yang ada pada diri pada mereka dan orang yang memerlukan bantuan jika kita layak membantu hilangkan beban mereka.Semalam melihat globe bumi yang ada di sebelah laptop saya,teringat zaman saya kelilingi setiap negeri dan menyimpan kenangan indah.saya tak sabar untuk mengelilingi negara lain selepas ini.Seperti banyak nak dikata tetapi apabila pena di beri hanya sedikit yang dapat saya tuliskan.Sambung CERIA HIDUP BAHAGIA BERSAMA

Monday, April 1, 2019

Hari Ke 2 Pena Ingin Mengatakan Sesuatu

Dengan klik2 saya menulis bukan dengan pena.Allhamdulillah syukur segalanya berjalan lancar.Walaupun perniagaan saya agak slow tetap hari  ini memberikan satu keindahan baru kerana dapat bernafas di bumi ini yang belum saya terokai.Banyak tempat yang indah belum saya laburkan diri saya.Sambil minum Nescafe Ais Kegemaran Saya menanti temuduga untuk kerja.Saling tukar tempat kerja dapat memberikan pengalaman yang berbeza dan dapat menukar arus pemikiran saya.Mimpi saya seiring dengan diri saya,saya ssering mimpi kehidupan zaman kanak - kanak yang sangat indah dalam memori saya.Kehidupan saya sering di titiskan warna pelangi yang indah,Mata hati dan hati saya terjaga rapi dalam perjalanan hidup ini.Akal yang sentiasa ingin sesuatu luar biasa sering di didik oleh saya supaya sabar dalam melayar di dunia yang luas ini.Harini hari Isnin ,sepatutnya saya telah masuk kerja mengikut lakaran saya tetapi saya memilih syarikat yang mudah untuk fahami saya terpaksa menunggu untuk bulan ini.Masih menanti perkerjaan dari bulan januari sambil berniaga ubat ubatan tradisional.